sibukkkkkk…. January 13, 2010
Posted by sikkongang in Apa2 Jak.10 comments
Assallammualaikum……
Waaa!!! Waaaa!!!!
Lama suda aku x update blog tuk. Gago gilak tuk weii… haha sorry la my lovely pren…(mcm rami jak org nk msk situk)…blurbbbb… Sejak akhir2 tuk aku bz gilak..well biasala…awal thn…(selesai hutang lamak…plan hutang baru) haha….bkn hutang wit daa…. hutang keja….psl keja.??? (iboh la aku nk cita lam tuk)…buat ponin jak…
well….utk teman setia aku…
hehe…trimas kerna msh sudi msk utk membuang habuk2 lam blog aku tuk…sory haa…xda wit syiling nk beri kat korang….
apa lagik aku nk klaka tuk…
ok la…..oleh kerna aku lom citer ttg thn baru…maka disituk aku nk ngambik kesempatan utk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kpd makluk di dunia ini khasnya kpd makhluk bernama MANUSIA…..salam….-Please No War- (perh tagline lama nih)…
Rahsia Seorang Lelaki December 9, 2009
Posted by sikkongang in Lelaki.31 comments
Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan beberapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:
Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.
Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.
Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.
Lelaki pentingkan kejujuran
Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang pasangannya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang lelaki mahu pasangannya saja yang menyimpan rahsia-rahsianya.
Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan
Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.
Lelaki tidak suka dikritik
Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.
Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.
Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.
Lelaki juga mahukan sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya cintakan abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…”
Lelaki dan ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di masabual biasa dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.
Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya
Lelaki mesra tanpa beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.
p/s: 4 men, life is easier than what woman think…
Dapat TAG- November 24, 2009
Posted by sikkongang in Apa2 Jak.49 comments
Aku pun sik tauk apa benda ya….ada org tag ngan aku…coba jak la jawab benda tuk.. betul ka sik betul ka…kelak org yg berik ngan aku check nya… tag ya berbunyi… “Tag 9 ttg aku SEDANG..”
kamek jawab yer saudari…………..
1- Aku SEDANG jawab soalan tag, rasa senang jak soklan tuk…huhu
2- Aku SEDANG lawan ngantuk, sebab ya aku rajin nak jawab soklan tuk..huarrr
3- Aku SEDANG jawab tag, tiba2 tepon berbunyi..malas nak jawab..suruh org sebelah jawab….haha..
4-Aku SEDANG ligat berfikir jawapan yg umphh..utk tag tuk…macam teh BOH..
5-Aku SEDANG leka menaip, x takut bos..bos meeting..
6-Aku SEDANG merehatkan jari tuk..penat dah menaip..dari pagi tadi…hiss
7-Aku SEDANG lihat sekeliling..mana tau tiba2 bos dah masuk…hui…yg lain pon sebuk ngan hal sendiri….haha..
8-Aku SEDANG di penghujung soklan…
9- Aku SEDANG ketawa…mengapa soklan tuk rasa macam kacang goreng..sungguh mudah…kuang3..
p/s: No problem punyo…
Kenak perempuan Melayu senang kena rasuk November 24, 2009
Posted by sikkongang in Ngenjen....4 comments
Kinek tuk (sekarang) kita slalu dengar pasal budak sekolah kena rasuk…hysteria.. kat Sarawak tuk dolok (dulu) pun ada terjadi benda ya. Paling gempar ari ya kat sekolah di semenanjung pernah keluar dlm berita sekurang2 nya budak sekolah kena hysteria 3 ari sekali….yg pelik…slalunya yg kena adalah bdk pompuan melayu..jarang yg kena kat bdk lelaki atau pompuan bangsa lain….sik kesah la..apa pun….yang ingin aku padah (beritau) situk adalah tentang pengakuan sorang bomoh/pawang…suatu masa dulu…(masa ya aku tingkatan 3)….
Peristiwa tuk terjadi di depan mata aku…kerna yg kena sampuk adalah adik kepada ayah aku merangkap makcik aku la ya…
Semua kelengkapan disediakan….(pakey proses pengubatan)
Malam ya upacara pun dilakukan….
makcik aku terkiak-kaung (terpekik-terlolong)…mcm org gila jak aku diat… maklumlah…kenak rasuk ndak…
perkara pertama yg dipolah (dilakukan)…..byk plk translate cito tuk…
bomoh picit hujung ibu jari makcik aku…pasya nya cakap ngan makcik aku…”kluar ko dr tubuh org tuk”…makcik aku masih lagik terkiak-kaong….
“kenak ko rasuk org tuk hah? Jawap!!!” wahai syaitan yang direjam???”
Dengan suara garau, makcik aku menjawab… “sebab aku suka kaco gadis melayu..huaaa”….
“kenak”..ty bomoh ya gik… “sebab!!”..suara garau makcik aku…
“Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat”, “Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK… ” Aduhai…
harharrharrr. .. Dah, jangan dok mengulor dan mempercayai perkara tahyul… ..polah keja cepat…..
p/s : hahaha…padan muka kitakorang…..
IZINKANKU KAWEN LAGI November 19, 2009
Posted by sikkongang in CERPEN.33 comments
“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
Dua Minggu yang lalu di kedai kopi
“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
Seminggu yg lalu di Restoran Nelayan
“Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
Satu hari slps Sembahyang Isyak berjemaah..
“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh! hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu?
Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak daa…
Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
2 hari berikutnya…
“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.
“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin, membuatkan ABC yg baru dikunyahnya tersembur keluar.
“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham.” – Asraf Mukmin
Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina…
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit (Nokia 3210)… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang…
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung…hmmm.. Aliyah sayangkan Abang…
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya. Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiyakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, sebelum terlupa, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg… Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abang… Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai…air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!
Cerpen Cinta ini telah disembat oleh aku dari Forum Tentang Cinta
Pengenalan…. November 19, 2009
Posted by sikkongang in CERPEN.4 comments
Ok la….start kinek tuk aku bkk bhgn cerpen pakey nambah ramuan blog aku tuk… Sak blog aku tuk ada byk perisa & warna macam nak kitakorg slalu diat kat kek lapis Sarawak ya…. Utk pertama tuk aku nk engkah la sigek cito dlm ya….haha…cerpen tuk aku sembat jak samada dr blog org lain atau mun ada idea kelak aku molah dirik pun… Apa2 pon…..”PLEASE NO WAR” –(lamak x makey tagline tuk)….peace…
Pesakit, Doktor dan Kacang Hijau October 23, 2009
Posted by sikkongang in Lawak jak bah.2 comments
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : “Selamat petang…”
Pesakit : “Selamat petang Doktor!”
Doktor : ” Ada masalah apa …?”
Pesakit : “Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor…”
Doktor : “Biar saya periksa telinga anda!”
setelah diperiksa… .
Doktor : ” Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut….”
Pesakit : “Apa caranya doktor?”
Doktor : “Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma…”
Pesakit : “Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?”
Doktor : “Yang percuma kena sabar…”
Pesakit : “Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya…?”
Doktor : “Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge’ anda boleh ler tarik keluar.”
Pesakit : “Huh!”
HOW A SON/DAUGHTER THINKS OF HIS/HER DADDY AT DIFFERENT AGES October 21, 2009
Posted by sikkongang in Lelaki.add a comment
At 4 Years
My daddy is great.
At 6 Years
My daddy knows everybody.
At 10 Years
My daddy is good but is short tempered
At 12 Years
My daddy was very nice to me when I was young.
At 14 Years
My daddy is getting fastidious.
At 16 Years
My daddy is not in line with the current times.
At 18 Years
My daddy is becoming increasingly cranky.
At 20 Years
Oh! It¡¦s becoming difficult to tolerate daddy. Wonder how Mother puts up with him.
At 25 Years
Daddy is objecting to everything.
At 30 Years
It’s becoming difficult to manage my son. I was so scared of my father when I was young.
At 40 Years
Daddy brought me up with so much discipline. Even I should do the same.
At 45 Years
I am baffled as to how my daddy brought us up.
At 50 Years
My daddy faced so many hardships to bring us up. I am unable to manage a single son.
At 55 Years
My daddy was so far sighted and planned so many things for us. He is one of his kind and unique.
At 60 Years
My daddy is great.
Thus, it took 56 years to complete the cycle and come back to the 1st.stage. Realize the true value of your parents before its too late
p/s : Aku kopek dr mana2 …aku tampal kat situk..haha..
Oh! Apa paling cepat October 19, 2009
Posted by sikkongang in Lawak jak bah.2 comments
Jusoh telah diamanahkan supaya memilih dari calon-calon yang memohon untuk mengisi jawatan yang telah ditawarkan. Setelah menyusun dan mencari dari biodata-biodata yang diterima, dia dapati ada 4 pemohon lelaki yang sama dari segala segi kelayakan mereka.
Jusoh kemudiannya memutuskan untuk memanggil kesemua 4 pemohon tersebut untuk bersemuka. Dia merancang untuk menanya satu soalan yg akan menentukan siapa sebenarnya yang lebih layak untuk jawatan tersebut.
Harinya pun tiba. Sebaik saja keempat-empat lelaki tersebut mengambil tempat duduk masing-masing dalam bilik temuduga, Jusoh terus bertanya, “Beritahu saya, apakah perkara yg paling cepat sekali berlakunya?” sambil menunding jarinya kepada lelaki yg pertama. Lelaki pertama dengan penuh keyakinan menjawab, “Fikir. Ia muncul tiba-tiba dalam kepala. Tiada amaran awal tentang kehadirannya. Fikir adalah kejadian yg paling pantas yang saya tau”. “Itu sudah bagus!” Jawab Jusoh.
“Apa pendapat awak pula?” dia bertanya pada lelaki yang kedua.
“Hmm… ok… Kelip Mata! Ia berlaku tanpa kita sedar pun. Itulah yang terpantas sekali berlakunya”. “Tepat!, Sekelip Mata.. selalu digunakan untuk menyatakan kecepatan pergerakan sesuatu” sambut Jusoh.
Dia kemudiannya berpaling kepada lelaki ketiga yang terus memberikan jawapannya. “Apabila suiz lampu di’ON’ kita akan dapati lampu segera mengeluarkan cahayanya tanpa lengah walau sedetik pun. Pergerakan cahaya itulah yang tercepat dan terpantas yang saya tahu”. Jusoh amat terpikat dgn jawapan yg diberikan, dalam fikirannya tertera inilah orang yang dia cari.
Walaubagaimana pun, dia berpaling kepada lelaki keempat lalu mengajukan soalan yang sama. “Setelah mendengar ketiga-tiga jawapan tadi, nyatalah kepada saya iaitu perkara yg paling pantas sekali berlakunya adalah ‘berak cair’. “APA?!” Terperanjat Jusoh dgn jawapan yang diberikan.
“Oh biar saya jelaskan” kata lelaki keempat itu, “Ceritanya begini, suatu hari saya merasa kurang selesa lalu saya terus berlari ke tandas. Tapi, sebelum sempat saya berfikir, belum sempat saya berkelip mata pun dan belum sempat saya ‘ON’ suis lampu tandas tu, saya sudah terberak cair dalam seluar saya.”

