jump to navigation

Rahsia Seorang Lelaki December 9, 2009

Posted by sikkongang in Lelaki.
trackback

Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan beberapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:

Hidup lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu

Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki

Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

Lelaki pentingkan kejujuran

Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang pasangannya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang lelaki mahu pasangannya saja yang menyimpan rahsia-rahsianya.

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan

Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik

Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.

Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.

Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.

 

Lelaki juga mahukan sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya cintakan abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…”

Lelaki dan ego

Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di masabual biasa dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.

Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya

Lelaki mesra tanpa beremosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.

 

p/s: 4 men, life is easier than what woman think…

 

Advertisements

Comments»

1. DNA - December 9, 2009

lelaki oh lelaki!!!

selama ni kerajaan asyik utamakan wanita je..
ye la! macam-macam diwujudkan untuk wanita. persatuan ibu-ibu lah! pembelaan untuk ibu-ibu tunggal lah! kelab hobi untuk kaum ibu lah!
pendek kata macam-macam lagi..

so dengan segala hormatnya, aku lantik ko sebagai ketua kat sini untuk menerajui persatuan lelaki-lelaki seMalaysia, so kita wujudkan kelab lelaki Malaysia atau, persatuan pembelaan lelaki-lelaki yang ditindas atau parti hanya untuk kaum lelaki ke.. atau buat satu hobi untuk orang laki je yang join!!

(hiss… lain macm je bunyinya!! geli pulak aku dengar!)
TAK JADI! TAK JADI!!! AKU KENSEL APA YANG AKU KATA KAT ATAS!!
aku nak letak jawatan! kalau ko nak, ko buat sendiri…
😛

2. sikkongang - December 9, 2009

err…ni..
ceramah ke kempen bro…
btl ke ko nk tbh kan psatuan nih..
aku sokong ko bro…
tp klu bg yg ditindas….rsnya…
para suami yg sll kena bro…
klu bujang, rsnya xda yg ditindas…
jd…yg layak jd presiden psatuan tu..
adala org yg dh beristeri bro…
& org yg selayaknya adala U bro…

p/s: I sapot lu bro…HIDUP DNA!!

DNA - December 9, 2009

wei!!
aku kan dah kata tadi, aku letak jawatan!!!
😛

3. sikkongang - December 9, 2009

ala bro…
jgn la nk low profile..

p/s: tetap sokong ko…DNA!!DNA!!

4. DNA - December 9, 2009

wei!
tak mo! tak mo!!!
apa kata ko yang jadi presiden!! 😀

5. sikkongang - December 9, 2009

aku bujang lagi..
ko dh tawen…..
yg kena tindas kbykn..
yg dh tawen…ehem2…
(ko kena tindas ke bro)

DNA - December 9, 2009

hampas tebu!!
ko nak kena kan aku yek saat!!!
muahahahhahahaha……..

ciss jebat!!! kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan ko nak duga jebat!

6. sikkongang - December 9, 2009

hampas tebu hempas kepala..
nama aku bkn saat la….

aik…sesuai apa bro…hahaha….

wahai laksamana bentan..
jgn lautan ko nk duga…..
kerana En. Lautan hanya bertaraf PMR..
sahaja…….

7. DNA - December 9, 2009

la! aku tersalah taip la bro!!
huhuh! sori! sori.. 😀

8. sikkongang - December 9, 2009

sungguh mengecilkan hati…
huarrrrrr…wawaa…

9. DNA - December 9, 2009

alah!
ko jangan la nak marah..
aku bukan sengaja bro!!!

aduuuuyai!!!
sensitip la pulak!!

10. sata - December 10, 2009

ngeh3…
jom pizza…
ko blanja………

11. "eS@RLi" - December 12, 2009

AhAhAhAhAhAaAAaAAa…
lAkI SuKaR MeNgEnAlI WaNiTa yErK.. hUrMm aPa bOlEy bUaT.. ^_^

12. DNA - December 12, 2009

ok bro! aku belanja..
(tapi pakai duit ko la ek!)

‘laki sukar mengenali wanita’
emm.. ala, kalau tak kenal boleh berkenalan dulu kan!!
“hai cik adik! sorang je ke? boleh berkenalan!”
(ni la ayat paling koman sekali digunakan.)

13. sikkongang - December 16, 2009

duit aku ada dlm dompet ko la bro…
ambik jek brp byk ko nk….

‘lelaki sukar mengenali wanita’ la bro..
bkn ‘lelaki sukar memikat wanita’….
maksud ‘mengenali’ lbh kpd memahami la bro..
x sama ngan kenal saudara mara, keluarga
ngan apa saja ttg dirinya bro..
ni lbh kpd perasaan & pemikiran…

p/s : ….hUrMm aPa bOlEy bUaT.. ^_^ . .(x tau maksudnya)..

14. DNA - December 16, 2009

kalau dalam poket aku ni, duit aku la bro! tu pun ada doposen!
amacam?

kalau macam tu, berkenalan dulu, lepas tu mintak no phone. lepas tu sms, lepas tu ajak dating, lepas tu baru boleh kenal dan faham-memahami antara satu sama lain. 😀

15. "eS@RLi" - December 31, 2009

DnA..
hIk3..
SaTa..
DnA DaH KaSiK TiPs2 NyEr tUh.. ;p
mUeKeKeKe..

16. sikkongang - December 31, 2009

Tips…
nk try kat saper huh…
ngeh3 (sengih2 tgk kat snow)…

p/s: snow…mggu ni pree x…tgk wyg nk…:peace.

17. "eS@RLi" - December 31, 2009

UiKSSSs.. sAtA DeMaM KeR.. SeNgIh SeNsOrG PlAkS..
kUi3..
P/s : MiNgGu nIh.. ErRrrRR.. mInGGu nIh.. sEkEjAp yEr.. *sambil selak2 diary* AhAkS..
-maner ader tips tgk wayang.. ajaran sesat nih-
NgEh3..

DNA - January 1, 2010

wkakakakkakakak….

pantang aku ajo..
cepat je ko praktikkan ye sata..
wkakakaka….

korang nak gi deting yek!!
kalau macam tu aku tak nak kacau la sata..
(korang nak tengok cerita apa ha.. best tak?)

DNA - January 1, 2010

(sebenarnya, minggu ni dan minggu depan Snow dah ada date la sata, apa kata ko cuba minggu yang datang..)
[date dengan aku!!] :p

18. "eS@RLi" - January 2, 2010

eHeHeHeEEee..
tOk gUrU PoToNg lInE.. EkEkEkeeeeE.. ;p

DNA - January 2, 2010

apo nak buek Snow, dan anak muridnya malu-malu..
so tok gurunya kena la tunjukkan ‘cara-caranya’ dulu.
:p

(ko jangan la marah kat aku pulak ye sata ye.. u ar mai pren!)

19. sikkongang - January 2, 2010

yer la…kemalu-maluan…
apa ni bro…
snow br nk br tarikh kami nk dating…

p/s: ini gulu mao test sendilik punyer ilmu kaa…

20. "eS@RLi" - January 5, 2010

eHeHeHeEeEE.. aPeR PoN SnOw tIdAk bErSaLaH YeR.. HiHiHiHiIIi..

21. DNA - January 8, 2010

ha Bro!
ko belum ajak lagi dia dah tolak..
macam mana ni?

“Snow, jadi ye minggu depan?” (sambil kenyit mata kat Snow)

22. "eS@RLi" - January 12, 2010

JaDiK.. lAm mImPi kOt.. 😉

23. sikkongang - January 13, 2010

alo bro..
snow lom ckp apa2 lg la…
chett!!

P/s : camaner snow…bile kiter blh ketemuin…aku kangen bangat sama kamu…. 😛

24. DNA - January 14, 2010

dalam mimpi dah selalu la Snow, yang betul-betulnya bila?

muahahaahhaha……

25. sikkongang - January 20, 2010

ah..ah..la snow..
biler nk jempot kamek…
ajak dna skalik…jimat blanjer kiter..
hehe…ok x bro….

p/s: nk tompang satria snow….

26. "eS@RLi" - January 20, 2010

wAkAkAkAkAaaaa..
(TaMbAh kEcIk cIk sNoW D PoW OlEy 2 OrG BrO NiH) ^_^


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: